Monday 11 July 2011

Catatan dari MALAYA

Alhamdulillah setelah 2 bulan berlalu, kehidupan seharian akhirnya terurus. Menandakan permulaan chapter baru dlm hidup dgn suasana baru dan segala2nya baru. Wpun telah 2 bulan berlalu proses penyesuaian diri masih diteruskan. Terasa seakan tanah tumpah kelahiran ini seperti bumi asing yg penuh cabaran pulak.
Banyak yg ingin dicoretkan, sebagai panduan kpd sahabat2 yang akan turut menjalani transformasi yg sama dlm masa terdekat ini. Tp kurang pasti adakah blog ini 'PhD masa kecederaan' masih sesuai digunakan. Kenangan pahit manis ranjau perjalanan PhD yg ditempoh untuk tempoh 42 bulan yg lalu sentiasa segar diingatan dan tak mungkin dapat dipadam begitu sahaja. Oleh itu sy memutuskan utk membiarkan blog ini dengan kisahnya yg telah pun berlalu, tapi akan diberi nafas yg baru, sesuai dgn kehidupan yg dijalani disini, pd waktu ini, as 3W 'women, worker, wife'. InsyaAllah...